Pada 18 Februari 2011, telah diadakan program kempimpinan antara dua buah badan pengawas SBPIS & SKBM sehingga 19 Februari 2011. Sesi pendaftaran telah diadakan di Balai Merdeka, SBPI Selandar dan seramai 28 orang pelajar telah berdaftar. Aktiviti diteruskan lagi dengan program ‘1 pengawas 1 sukan’. Pihak perempuan telah mengadakan permainan ‘belalang dan belatuk’ manakala permainan baling selipar dilakukan oleh pelajar lelaki.
Bertempat di Surau Al-Karim , SBPI Selandar telah dijalankan forum perdana yang dipanel oleh Ustazah Haryati bt Arshad, Syed Muhammad Syafiq dan saudara Muhammad Asyraf Ibrahim. Forum tersebut tamat pada jam 9.15 malam. Aktiviti diteruskan lagi dengan program perkongsian pintar yang diadakan di bilik mesyuarat. Di situ juga para pengawas SBPIS memperkenalkan sistem pentadbiran badan pengawas 2010/ 2011.
Pada keesokan harinya, para pengawas telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program dijalankan. Program ini telah diakhiri dengan majlis penutupan rasmi yang dihadiri oleh beberapa orang pentadbir sekolah SBPIS serta guru-guru SBPIS dan SKBM.