MUQADDIMAH
Segala pujian hanya bagi Allah Ta’ala yang telah memudahkan hamba-Nya bagi menjayakan matlamat untuk mewujudkan kelas tahfiz di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Penubuhan kelas ini dilihat amat diperlukan pada waktu sekarang sebagai satu usaha murni untuk melatih, memupuk dan mencungkil bakat anak-anak bangsa yang beragama Islam khususnya dalam mendalami dan menguasai ilmu-ilmu Al-Quran dan Syariah Islamiah. Dengan menguasai ilmu ini para pelajar dari SBPIS ini diharapkan dapat membimbing diri, keluarga dan masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
( Riwayat Muslim )
RASIONAL
Program READ_ONE adalah satu program yang telah dilaksanakan kepada pelajar-pelajar tingkatan satu sebagai perintis. Memandangkan pelajar-pelajar tingkatan satu SBPIS mempunyai prestasi yang baik dalam hafazan maka pihak sekolah akan memulakan projek perintis ini kepada para pelajar tingkatan satu tahun 2011.
Dengan harapan apabila pelajar-pelajar ini menamatkan persekolahan di SBPIS dapat menjadi seorang pelajar yang menghafaz Al-Quran dan cemerlang dalam semua bidang. Di samping itu, dapat menjadi pemimpin dan model kepada adik-adik di SBPIS.
KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar tingkatan satu seramai 10 orang sahaja yang terpilih (iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan)
SISTEM PEMBELAJARAN KELAS TAHFIZ
Cadangan jangka masa penghafazan Al-Quran adalah selama Lima tahun untuk tamat hafazan 30 Juzu’ bermula dari Tingkatan Satu hingga Lima sepanjang berada di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.
Tahun Pertama : Empat Surah (iaitu YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH dan
AL- MULK) dan Juz’ 1 hingga 4
Tahun Kedua : Juz’ 5 hingga juz’ 10
Tahun Ketiga : Juz’ 11 hingga juz’ 17
Tahun Keempat : Juz’ 18 hingga juz’ 23
Tahun Kelima : Juz’ 24 hingga juz’ 30
Cadangan Jadual:
Isnin/Selasa dan Rabu : 7.30 hingga 9.00 malam
Sabtu dan Ahad : 7.30 hingga 10.00 pagi
Bayaran : RM 30.00 Sebulan
PENUTUP
Semoga dengan usaha, khidmat dan rancangan untuk menubuhkan kelas ini menjadi realiti dan menjadikannya sebagai asbab untuk membantu mendaulatkan kitab Al-Quran ke seluruh dunia. Di samping itu, dapat membentuk akhlak pelajar yang mulia dan generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam serta mengamalkan corak murni kehidupan seorang muslim sejajar dengan Al-Quran dan as-Sunnah.
Ketua Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam
JPN Melaka.