SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MINGGU PENGHAYATAN AS-SUNNAH

Pada 28 Mac hingga 3 April telah berlangsung Minggu Penghayatan Sunnah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) SPBI Selandar. Pelbagai program telah disusun dan dijalankan dengan jayanya antaranya adalah forum perdana, Explore sunnah ria, Puasa perdana, Maulid Dibai’e dan lain-lain lagi. Tema program adalah Sunnah diamalkan akidah dimantapkan. Di antara objektif Program ini adalah:

1.1 Melahirkan pemimpin yang berkepimpinan dan berakhlak mulia

1.2 Mendedahkan kepada pelajar mengenai pengurusan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang cemerlang.

1.3 Membentuk muslim yang bertanggungjawab mengangkat martabat Islam

1.4 Memupuk pelajar-pelajar SBPIS supaya mencintai dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W.