SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PAMERAN INOVASI, MESYUARAT PIBG, ASRAMA TERBUKA DAN HARI KEUSAHAWANAN


SBPIS telah menganjurkan pameran Inovasi dan kerjaya pada 4-5 March yang lepas. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menyertai dengan jayanya program ini, antaranya adalah UNITEN, UTHM, Pusat Sains Negara, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), MiCost dan lain-lain lagi Selain daripada pameran inovasi tiga lagi program berlangsung dengan serantak iaitu Mesyuarat Pibg, Asrama terbuka dan Hari Keusahawanan.

Objektif Program

1.Mencungkil bakat pelajar SBPIS di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi dan kejuruteraan.

2. Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar di dalam membuat kajian terkini.

3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial di kalangan pelajar SBPIS.

4. Mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan ke peringkat lebih tinggi.

5. Melonjakkan nama SBPIS di peringkat kebangsaan sebagai pusat perkembangan keintelektualan selaras dengan misi dan visi SBP.

6. Memilih projek atau penyelidikan yang bermutu untuk penyertaan di peringkat SBP.

7.Menyediakan pendedahan kerjaya kepada pelajar SBPIS

Tentatif Program

MASA

PROGRAM

LOKASI / SASARAN

7.15 am

· Pelajar dan guru berkumpul di Balai Merdeka

· Taklimat

Balai Merdeka (Umum)

8.00 am

· Pendaftaran Agensi Luar / IPTA / IPTS / Sekolah

Foyer

9.00 am - 4.00 pm

· Pameran Finalis Pertandingan Inovasi SBPIS

· Pameran Inovasi oleh Agensi Luar, IPTA, IPTS

Balai Merdeka

(Umum)

9.00 am - 10.30

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 1

Oleh: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Bilik Kuliah

(Ting 4 Benz, 4 Al Razi & Ting. 5)

10.30 am

· Majlis Perasmian, Ucapan perasmian ,Penyampaian hadiah & cenderahati Lawatan ke booth pameran

Balai Merdeka

(Umum)

11.00 am - 1.00 pm

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 2

Oleh: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Bilik Kuliah

(Ting. 4 Ibnu Sina & Edison, Ting 5)

2.00 pm— 4.00 pm

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 3 Oleh: Universiti Tun Husin Onn (UTHM)

· Pertandingan Reka Bentuk Kapal Terbang

· Pertandingan Membina Jambatan

Bilik Kuliah

(Ting. 4 Newton & Einstein, Ting. 5)

Tingkatan 2

Tingkatan 1

4.00 pm— 5.00 pm

· Keceriaan

· Bersurai

Balai Merdeka

(Umum)

Pameran Pusat sains negara



Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Inovasi


Asrama Terbuka Dan Hari Usahawan 2011






Mesyuarat Agung PIBG