SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

A BENCHMARK VISIT BY HILLGROVE SCHOOL SINGAPORE

1

Nama program

:

Lawatan Penanda Aras Hillgrove Secondary School Singapore

Dengan kerjasama JPN Melaka

2

Nama sekolah

:

Hillgrove Secondary School Singapore

3

Tarikh

:

10 Mac 2011

4

Masa

:

9.00 pg – 12.30 pm

5

Tempat

:

Dewan SBPIS (Sambutan & Ucapan)

Dataran Wawasan (Permainan Tradisional)

Asrama L & P (Lawatan)

6

Kehadiran tetamu/peserta

-pelajar

-guru

-lain-lain

:

113 pelajar Tingkatan 2 Hillgrove Secondary School

12 guru Hillgrove Secondary School

En Shahar b Bakar (Pegawai PPD Melaka Tengah)

1 pemandu pelancong

4 pemandu

7

Nama ketua rombongan & jawatan

:

Mr Loh Phei Kuin

Ketua Jabatan Sains & Matematik Hillgrove Secondary School

8

Nama perasmi & jawatan

:

En Ramli b Abdullah

PK Hem SBPIS

9

Catatan ringkas ucapan perasmi

:

Beliau mengalu-alukan kunjungan pertama lawatan sambil belajar dari Hillgrove Secondary School selain memperkenalkan sedikit sebanyak tentang latar belakang SBPIS seperti jumlah pelajar dan guru, aliran dan subjek yang ditawarkan, kemudahan disediakan, aktiviti kokurikulum yang ditawarkan serta program pengantarabangsaan yang telah dan akan diadakan pada tahun ini.

Beliau menyatakan harapan akan membalas kembali kunjungan dari Hillgrove School. Semoga lawatan ini akan menjadi permulaan hubungan yang baik antara SBPIS dan Hillgrove.

10

Ucapan wakil Hillgrove

:

Beliau amat berbesar hati atas sambutan & persediaan yang diberi oleh tuan rumah. Lawatan ini menurut beliau adalah lawatan program pengantarabangsaan yang wajib disertai oleh semua pelajar di Singapura seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Singapura.

Antara objektif program ialah memberi pendedahan tentang cara hidup masyarakat setempat selain memberi peluang kepada pelajar berhubung secara langsung dengan rakan-rakan di negara yang dilawati. Beliau turut menjemput SBPIS melawat Singapura dan sekolah beliau tahun ini untuk aktiviti perkongsian pintar

11

Senarai aktiviti program

:

Persembahan tradisional (silat, kompang,marhaban, zapin, angklung)

Persembahan montaj berkenaan SBPIS

Permainan tradisional (sepak raga, congkak, ceper, batu seremban, ting-ting)

Pertukaran cenderamata kenang-kenangan

Makan tengahari

12

Hasil Dapatan

Perkongsian Pintar

Akademik :

Hasil perbincangan singkat antara Mr Loh dan Pn Rafidah, beliau mendapati skop silibus/standard Fizik bagi ting.4-5 di Singapura adalah hampir sama kecuali tajuk subjek radioaktif yang tidak diajar di sana. Namun bagi subjek Matematik, standard di Singapura mencakupi tahap lebih tinggi berbanding Malaysia.

Perkongsian pintar akan diteruskan melalui email/ lawatan balas

HEM :

Kerajaan Singapura mewajibkan penyertaan program seumpama ini kepada semua pelajar sebelum pelajar menduduki peperiksaan besar seperti O’Level. Destinasi meliputi negara Asean & Asia Timur.

Kokurikulum :

Perkongsian pintar akan diteruskan melalui email/ lawatan balas

Kokurikulum:

Elemen aktiviti kokurikulum di Singapura sama seperti di Malaysia (sukan, kelab/persatuan / unit beruniform). Aktiviti tersebut wajib disertai oleh semua pelajar