SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2014 PERINGKAT SBPIS

29 Ogos 2014 - Warga SBPIS menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dengan semangat patriotisme tinggi serta kental menghadapi apa jua cabaran selepas bangkit dari kedukaan tragedi MH17. Sambutan bertemakan “Malaysia…Di sini lahirnya sebuah cinta” di Dataran Wawasan dihadiri oleh semua warga SBPIS. Sambutan kemerdekaan yang dibuat secara sederhana ini bagi menghormati tragedi pesawat MH17.

Sambutan kemerdekaan ini dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan ucapan Pengetua Cemerlang sebelum diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Surah Yassin serta doa kesejahteraan untuk warga Malaysia.

Berucap pada majlis berkenaan, Encik Karim bin Bayok, Pengetua Cemerlang SBPIS berkata setiap pihak harus memahami frasa “Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang menjadi tema pilihan sambutan kali ini. Katanya, masing-masing perlu menjadikan ia sebagai panduan dan pedoman dalam memastikan negara Malaysia yang disayangi ini terus terpelihara dengan keamanan dan keharmonian yang sentiasa menjadi teras kepada kesejahteraan rakyat.