SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS 1119/1

Pada 14 April 2017 telah diadakan satu aktiviti akademik pelajar iaitu teknik menjawab kertas bahasa Inggeris 1119/1 di Dewan Tun Sri Haji Abdul Rafie Mahat, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin Melaka. Terima kasih kepada pihak sekolah terutama barisan guru-guru bahasa Inggeris yang telah berusaha mewujudkan aktiviti sedemikian bertujuan membantu pelajar SISMe meningkatkan kefahaman mereka dalam mempelajari teknik menjawab kertas bahasa Inggeris. 
 Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sudi hadir berkongsi pengalaman dan kepakaran. Semoga usaha murni ini berterusan demi kecemerlangan anak bangsa.