SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KARNIVAL BAHASA SBPIS

Alhamdulillah pada 22 April telah berlangsungnya Karnival Bahasa SBPIS sempena bulan bahasa yang telah dirasmikan dengan jayanya pada dua minggu yang lepas. Karnival ini telah menggabungkan kesemua matapelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jerman, Jepun dan Cina. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan para pelajar dari semua tingkatan dan bertempat di sekitar kawasan sekolah. Butiran aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu
Aktiviti: Pertandingan Debat Bahasa Melayu
Tempat: Dewan Tingkatan 3




Bahasa Inggeris
Aktiviti: Explorace
Tempat: Sekitar Blok Akdemik




Bahasa Arab
Aktiviti: Lu'bah Lughawiyah
Tempat: Foyer



Bahasa Antarabangsa
Aktiviti: Language Funfair
Tempat: Balai Merdeka

Bahasa Jepun

Bahasa Jerman

Bahasa Cina


Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Karnival Bahasa ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka di hujung minggu tetapi juga dapat belajar sambil bermain permainan pelbagai bahasa seperi explorace, kuiz dan sebagainya. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Pengetua, pentadbir, GKMP dan guru-guru bahasa SBPIS yang memberi sokongan sepanjang karnival ini berjalan. Semoga setiap usaha diberkati Allah. Amin..