SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERTANDINGAN OISHI GREEN TEA "A Brush with Creativity"

Alhamdulillah.
Tahniah kepada salah seorang pelajar Straight A SPM 2016 SISMe iaitu Amirul Anas bin Assoli kerana telah memenangi Hadiah Utama dalam pertandingan OISHI Green tea anjuran kerajaan Jepun-Malaysia. Dengan memperolehi undian tertinggi meninggalkan pencabar dari peserta negara lain, Amirul Anas Assoli telah memenangi hadiah lumayan di atas kreativiti beliau menghasilkan storyboard masterpiece dengan menerima hadiah berupa:
  • Storyboard masterpiece yang dihasilkan Amirul Anas akan ditayangkan secara langsung di Channel Animax (Astro Channel 715).
  • Japan Anime Tour untuk 2 orang.
Terima kasih kepada guru-guru dan pihak sekolah yang banyak memberi sokongan kepada Amirul. Juga rakaman terima kasih buat pengundi di luar sana. Tahniah diucapkan sekali lagi.