SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

CERAMAH H1N1 DARI PERSPEKTIF ISLAM


14/08/2009 - Satu majlis "MUNAJAT H1N1 dan MARHABAN RAMADAN" telah diadakan di Surau al-Karim SBPIS. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fahim bin Robani dari MMU Melaka.Ceramah ini memberi penerangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai wabak H1N1 dari pandangan Islam. Seterusnya dalam majlis ini juga telah diadakan Solat Hajat, Bacaan Yasin bagi menghadapi cabaran akan datang serta sempena menyambut bulan puasa.