Alhamdulillah , SISME buat pertama kali menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di SM Sains Kota Tinggi, Johor pada 12, 13 dan 14 April 2018. walaupun hanya mendapat saguhati sahaja , pengalaman bertandingan bersama sekolah yang hebat dalam bidang ini seperti SAKTI yang taraf internaional , memberi impak yang besar kepada pelajar robotik SISME khususnya. Semoga dengan penglibatan ini memberikan batu loncatan kepada pelajar SISME untuk menghasilkan robot lego yang lebih menarik di masa mendatang.