SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Minda Segar Kimia 2012

khamis 2 Ogos 2012, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah mengadakan Program Minda Segar Kimia untuk semua pelajar tingkatan 4 SBP Integrasi Selandar. Program ini dianjurkan oleh guru-guru praktikal dengan kerjasama pihak sekolah dan kaunselor di SBP Integrasi Selandar. Antara pengisian dan objektif sepanjang program ini adalah untuk:

1.     Memperkenalkan prospek kimia kepada para pelajar.
2.    Mendedahkan cabang-cabang kimia yang boleh diterokai kepada para pelajar.
3.    Memberi  kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan dan keistimewaan kimia dalam kehidupan seharian.
4.    Mendedahkan kedah-kaedah mudah untuk memahami formula dan persamaan kimia.

Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 10:00 sehingga jam 12:00 bertempat di bilik muzik SBP Integrasi Selandar. Penceramah jemputan  program ini adalah Prof. Madya Dr. Mansor Bin Ahmad. Beliau merupakan Ketua Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan pensyarah yang mencerap matapelajaran Kimia bagi guru-guru praktikal di SBP Integrasi Selandar. Sebelum sesi ceramah dimulakan oleh Prof. Madya Dr. Mansor Bin Ahmad, majlis diserikan dengan bacaan doa oleh seorang pelajar tingkatan 4 dan ucapan aluan oleh Pn. Hjh. Kamsiah bt Sidin yang merupakan Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik. Terdapat soal jawab di antara penceramah dengan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar menunjukkan reaksi yang sangat baik sepanjang program berlangsung.