Alhamdulillah.
Yaumul Mawaddah dan Majlis iftar SISMe 2017 telah berlangsung dengan meriahnya sebagai salah satu aktiviti di bulan Ramadhan. Majlis dimulai dengan aktiviti penyembelihan ayam bagi memberi pendedahan kepada anak-anak SISMe melakukan penyembelihan ayam berlandaskan hukum Islam. Selain itu, pelajar dan staf Sisme juga bekerjasama menyiapkan makanan untuk majlis iftar seperti membakar lemang, memasak rendang, ayam bakar, bubur lambuk dan nasi minyak.