Tarikh: 12 Ogos 2011
Masa: 7:30 Pagi
Perasmi: En. Karim Bin Bayok
Pengetua Cemerlang SBPI Selandar.
Pengenalan.
Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu sambutan yang dijalankan secara tradisi pada setiap tahun bagi Sek. Berasarama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Sambutan yang dijalankan ini adalah sejajar dengan seruan kerajaan yang menjadikan sekolah sebagai wadah untuk memupuk serta menyemai semanagat patriotik serta cintakan negara dalam diri para pelajar. Sehubungan itu, adalah wajar untuk sekolah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan ini pada setiap tahun. Melaui sambutan ini, diharapkan para pelajar dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijankan secara menyeluruh
Objektif Program
Antara objektif yang ingin dicapai melalui perlaksanaan sambutan bulan kemerdekaan ini ialah
- Memupuk semangat patriotik dalam diri para pelajar dengan harapan mereka akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.
- Menerapkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan semangat patriotic dalam diri para pelajar agar dapat memenuhkan keperluan pembentukan modal insane dari peringkat sekolah lagi
- Mewujudkan semnagat perpaduan yang jitu dalam diri para pelajar agar dapat mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam Negara.
- Memastikan para pelajar tahu serba sedikit tentang sejarah Negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.
- Melahirkan para pelajar yang tahu menghargai pengorbana pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.