Majlis Penutup Minggu orientasi Pelajar tingkatan1
Program Bakat Muda Pelajar Tingkatan 1
Tarikh: 20-01-2011
Objektif
1)Mencungkil bakat dalam para pelajar Tingkatan 1 untuk dieksploitasi bagi meningkatkan pencapaian sekolah
2)Mendedahkan para pelajar kepada suasana persekolahan SBPIS
3)Memperkenalkan para pelajar Tingkatan 1 kepada warga SBPIS
Setelah seminggu menjalani Program Orientasi, akhirnya kemuncaknya tiba dengan Program Bakat Muda. Program yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah ini dimulakan dengan ketibaan Ayahanda Pengetua, para juri dan guru-guru. Aqil Asyraf dan Hazamuddin Zulkifli diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara.
Persembahan bermula dengan Modenas A, diikuti Telekom A, Proton A, Proton B, dan Petronas A. Persembahan diselangi dengan persembahan solo daripada adik Israf.
Persembahan diteruskan lagi daripada Telekom B, Modenas B dan disudahi dengan persembahan mantap daripada Petronas B. Secara keseluruhan, semua penonton terhibur dengan aksi-aksi bersahaja daripada adik-adik cilik ini.
Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011
Para peserta yang masing-masing bersemangat untuk menamatkan larian dan mengumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing memaparkan semangat kesukanan yang tinggi. Selepas 50 minit, semua pelajar telah menamatkan larian dan berkumpul di Dataran Wawasan. Suasana gamat namun meriah dengan setiap rumah sukan menyanyikan dan melaungkan lagu dan jeritan sorak rumah sukan masing-masing. Jelas, kepenatan berlari tidak menghalang para pelajar untuk menzahirkan semangat cinta rumah sukan yang tinggi.
Pada 10.45 pagi, upacara penyampaian hadiah bermula. Penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori Perempuan 2, Lelaki 2, Perempuan 1 dan Lelaki 1. Suasana mula menjadi tegang apabila tiba waktu pengumuman johan bagi setiap kategori dan johan keseluruhan. Kategori Lelaki 1 dan Perempuan 1 dimenangi oleh rumah Petronas manakala rumah Telekom berjaya menjuarai kategori Perempuan dan Lelaki 1. Akhirnya seperti tradisi sejak pembukaan sekolah, rumah Telekom dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011. Berikut disenaraikan keputusan lengkap kejohanan tahun ini;
PROGRAM FRAYER / SEKOLAH ANGKAT FASA 2 (AKADEMIK DAN KEPIMPINAN)
Tempat: Dewan Gemilang SBP Integrasi Selandar
Sekolah Angkat: S.K Batang Melaka.
Objektif Program
1. Membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa pengawas sebagai pemimpin
2. Melahirkan pemimpin bertaraf dunia 'World Class Leardership'
3. Mengenalpasti dan membimbing kelemahan sebagai pemimpin yang boleh diperbaiki.
Seramai 92 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 dari SK Batang Melaka telah datang ke SBP Integrasi Selandar untuk Program Frayer Fasa 2 (Akademik & Kepimpinan). Program telah dimulakan dengan sesi motivasi untuk para pelajar dari SKBM oleh Puan Ruhani Ismail, Kaunselor Cemerlang SBPIS.
Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Ayahanda Pengetua dan Guru Besar SKBM. Kemuncak program ialah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pengawas Angkat antara SKBM dengan SBPIS.
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan adik angkat kepada pelajar SBPIS untuk program pemantapan akdemik.
Melalui program frayer ini, pihak SBPIS akan membantu SKBM untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran kepemimpinan pengawas SKBM. Semoga program pengawas angkat ini dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan pengawas kedua-dua sekolah.
PERTEMUAN PERTAMA MENTOR DORM 2011
Pertemuan pertama program mentor dorm 2011 diadakan pada 17-01-2011. Program ini berlangsung dengan lancar, bermula pada pukul 7:15 pagi berakhir pada 7:55 pagi.
Diantara objektif program ini adalah:
1- Membina dan merapatkan hubungan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan guru dengan ibubapa pelajar.
2- Membantu pelajar dalam mengendalikan sebarang masalah semasa.
3- Menyuburkan budaya yang sihat bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar.
4- Meningkatkan keyakinan diri pelajar
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENGESANAN
Ahlan Wasahlan Ya Marhaban bikum
SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 1 KE SBPIS.. KEDATANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
Pada 5-01-2011 seramai 73 orang pelajar telah mendaftar di Sbpi Selandar. Jumlah sebenar yang ditawarkan untuk pengambilan pertama adalah seramai 90 orang. Pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negeri-negeri yang berbeza. Pelajar yang berasal dari Melaka seramai 41 orang, Johor 17 orang, Kelantan 6 orang, negeri Sembilan 3 orang , Pahang 2 orang dan pertamakali sbpi selandar menerima kemasukan 2 orang pelajar dari negeri sarawak Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka. Pengharapan yang tinggi diberikan kepada pihak sekolah untuk melihat anak mereka mencatat kecemerlangan dalam bidang akademik sahsiah dan sebagainya.


KEJAYAAN PELAJAR SBPIS
Pada 4-5/12/2010 seorang pelajar sbpis Mohd Danial Bin Nor Hamidi telah menyertai pertandingan ragbi antarabangsa "Centours International Youth Rugby Tournament 2010" di Singapura, beliau telah mewakili Bintang Rugby Club" (BRC) kuala Lumpur dan telah menjadi johan (cup) kategori umur bawah 15 tahun. Beliau juga telah mengikuti sesi pemilihan pasukan kebangsaan- cobra selama empat hari 21-24 disember bertempat di padang utara Petaling jaya.