Perjumpaan Bersama Penjaga Ting 3 & 5
Tingkatan 3 : Dataran wawasan
Tingkatan 5 : Dewan Gemilang
ISIS
info dr cikgu Sharif..
KEJAYAAN PELAJAR
Nur Natasya bte. Mohd.Sain, pelajar tingkatan 5 Al Razi telah mengharumkan nama sekolah apabila menjadi Johan Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak peringkat negeri Melaka Sempena Hari Guru Tahun 2011. Lebih membanggakan lagi apabila karya beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan di peringkat kebangsaan sempena Hari Guru dan mendapat hadiah wang tunai RM650 . Beliau turut melakar kejayaan setelah karyanya berupa cerpen telah mendapat tempat ke-3 dan memperoleh wang tunai rm600 dalam SayembaraMenulis Cerpen anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) Melaka dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan. Tahniah diucapkan kepada Nur Natasya . Semoga beliau akan menjadi penulis yang berjaya pada masa akan datang.
Selamat Datang Kepada Jemaah Nazir
Semoga SBPI Selandar akan dapat memenuhi kriteria pencalonan dan didoakan akan berjaya. Sama-sama kita doakan.Amin~
Selamat Hari Guru


Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun Kepada Pelajar SBPIS

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
p/s : Semoga mendapat keputusan yang cemerlang...do ur best....gud luck!!! =)
Selamat Datang Kepada Kepala Sekolah Bertaraf International Provinsi Riau, Sumatera Indonesia
Aturcara Program (5hb Mei 2011)
10.30pagi : Ketibaan Delagasi Kepala Sekolah SBI
11.00pagi : Ucapan alu-aluan dan taklimat oleh Pengetua Cemerlang SBPI Selandar
11.30pagi : Ucapan oleh wakil Kepala Sekolah SBI Provinsi Riau
11.45pagi : Upacara menandatangani MOU antara SBPIS dan SBI Provinsi Riau
12.00tgh : Dialog antara SBPIS dan SBI PR
1.00ptg : Makan tengahari