DIALOG PRESTASI SIRI 2/2020 TINGKATAN 5
PELUPUSAN AL-QURAN
Sekitar Program Pelupusan Al-Quran yang telah berlangsung pada 24 September 2020 pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program telah berjalan dengan lancar di Masjid Ghaffar, Jasin.
Reading Hour (Week 35)
Sekitar program Reading Hour bagi minggu ke-35. Program ini melibatkan semua pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Tingkatan 5.
JAPANESE ENTHUSIAST 2020
Sepanjang bulan Ogos yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) telah menganjurkan Pertandingan Japanese Enthusiast 2020 peringkat kebangsaan. Beberapa kategori telah dipertandingkan. Antaranya ialah Tell-A-Tale, Writing Train, VTuber Challenge dan 5-Minutes Reading. Pelajar-pelajar kita yang mewakili sekolah dalam pertandingan ini telah mendapat tempat hampir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan. Alhamdulillah dan tahniah buat para pelajar dan Arnizam Sensei!
Bersama Menuju Puncak Kecemerlangan SPM 2020
MAHRAJAN ADNI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2020
Meyuarat Pelaksanaan TMUA Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020 dan Mesyuarat Kunjung Bantu

Pada 11 hingga 12 Ogos 2020, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar terpilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan Mesyuarat Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020. Pengisian mesyuarat ini dijalankan dalam bentuk perbincangan, pembentangan serta sesi soal jawab tentang perjalanan program TMUA dan akademik di SBP. Sesi Kunjung Bantu juga turut diadakan pada hari sebelumnya bagi melihat gerak kerja yang telah dijalankan di SBPI Selandar.

KHATTAM 30 JUZUK
Assalammualaikum... Alhamdulillah. Tahniah kepada Ahmad Nor Syafie bin Saiful Saiful Dzulfitri telah berjaya tamatkan hafazan al-Quran pada hari ini. Semoga terus istiqomah dalam jalan al-Quran dan bermanfaat untuk Islam... Amin
Tarikh mula hafal : 17 Januari 2017
Tarikh khatam : 9 September 2020
KHATTAM 30 JUZUK
KHATTAM 30 JUZUK
Alhamdulilah, tepat jam 8.29 pagi (29 Julai 2020), bersamaan 8 Zulhijjah 1441H, Rabiatul Mysarah binti Abu Samah (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga mysarah diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn
KHATTAM 30 JUZUK
Alhamdulilah, tepat jam 7.54 pagi (29 Julai 2020), bersamaan 8 Zulhijjah 1441H, Nur Zawani Mardhiah binti Zainal (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga wani diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn
PENCAPAIAN JUZUK
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Aina Firzana binti Abd Rahim kerana telah khatam hafazan Al-Quran pada 1 September 2020. Mohon doakan beliau dan gurunya terus berusaha mengingat, mentadabbur dan mengamalkan isi Al-Quran hingga akhir hayat.
PENCAPAIAN JUZUK
Pada 28 Ogos 2020 (Jumaat), Saudari Alya Safiyyah Mohd Rafie dari 2Khawarizmi telah berjaya menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dalam tempoh 1 Tahun 8 Bulan. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Mohon doa dari semua agar pelajar ini istiqamah dalam menjaga hafalan beliau.