SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Result PMR 2010







Pada 23 Disember 2010 keputusan PMR telah diumumkan dan inilah diantara wajah-wajah kegembiraan pelajar-pelajar SBPIS yang mengambil keputusan PMR 2010.Semua pelajar berjaya memperolehi semua 'A'. Pada tahun ini SBPIS memperolehi 53.41% berbanding tahun lepas dengan hanya mendapat 23.8%,peningkatan sebanyak 29.6%. Inilah pencapaian terbaik SBPIS sejak tahun 2006 dan 100% lulus. Seramai 47 orang pelajar mendapat 9A hasil kerja keras pihak pentadbiran, guru dan pelajar-pelajar .Tahniah dan syabas diucapkan :)

Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Kemasukan 2011




SBPI Selandar 25/11/2011 : Temuduga khas untuk pengambilan pelajar baru tingkatan 1 kemasukan 2011 telah diadakan di SBPIS. Temuduga bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30petang. Seramai 272 calon telah dipanggil dan layak untuk ditemuduga. Calon yang hadir dalam sesi temuduga tersebut adalah seramai 188 calon sahaja. Temuduga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pertama: Ujian Bertulis Bahasa Arab ( 1 Jam ) dan Kedua : Temuduga Terbuka.




Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010



ALL THE BEST
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal".
( Surah Al-Imran:159 )