SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KEJOHANAN RAGBI DAERAH JASIN


Pada 20 Februari  hingga 26 Februari yang lepas, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah menyertai Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun Peringkat Daerah Jasin di SMK Dang Anum, Merlimau. Seramai 25 orang pemain telah didaftarkan sebagai pemain SBPIS untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Antara sekolah yang menyertai kejohanan termashyur ini ialah SMK Dang Anum selaku tuan rumah, Sekolah Teknik Jasin dan MRSM Tun Ghaffar Baba. Perlawanan pertama SBPIS telah berlangsung pada pukul 3.30 petang.  Pada perlawanan tersebut, SBPIS telah berjaya mengalahkan MRSM TGB dengan jumlah pungutan mata 17-7. Pada perlawanan kedua pula, SBPIS telah berjaya mengalahkan Sekolah Teknik Jasin dengan pungutan mata 71-0. Perlawanan ketiga bersambung pada keesokan harinya diantara SBPIS dan musuh tradisi, SMK Dang Anum. Pada perlawanan tersebut, SBPIS telah berjaya mengalahkan SMK Dang Anum dengan 27-0 sekaligus melayakkan SBPIS dinobat johan kumpulan. Pada peringkat separuh akhir, SBPIS telah menentang Sekolah Teknik Jasin dengan pungutan mata sebanyak 30-6. Pada perlawanan akhir, SBPIS telah sekali lagi bertemu dengan musuh tradisi, SMK Dang Anum. Perlawanan akhir ini sangat sengit dan SBPIS telah berjaya mengalahkan SMK Dang Anum dengan perlawanan yang sungguh dramatik.

MERENTAS DESA 2013


Pada 26 Februari 2013, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar  telah menganjurkan pertandingan merentas desa peringkat sekolah. Semua pelajar diwajibkan menyertai pertandingan tersebut tetapi terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat menyertai pertandingan tersebut kerana sebab-sebab yang tertentu. Pelajar dibenarkan pulang ke asrama pada jam 12.30 tengah hari.Tepat  jam 2.15 petang,para pelajar telah berkumpul di padang sekolah mengikut rumah sukan masing-masing. Pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing. Terdapat empat kategori iaitu perempuan bawah 15 dan bawah 18 tahun serta lelaki bawah 15 dan 18 tahun. Semua pelajar berlari dengan penuh bersemangat bagi mengumpul mata rumah sukan masing-masing . Larian tersebut berakhir pada jam 4.30 petang. Bagi johan kategori lelaki bawah 15 dan 18 tahun telah dirangkul oleh rumah Telekom manakala bagi kategori perempuan bawah 15 tahun telah berpihak pada rumah sukan Modenas.Kategori terakhir iaitu perempuan bawah 18 tahun telah dijuarai oleh rumah sukan Proton.Berita yang menggembirakan bagi pihak rumah Telekom apabila diumumkan sebagai juara keseluruhan sekali gus mengekalkan sedekad kejuaraan bagi acara merentas desa.

MAJLIS PELANTIKAN PSS, PRS DAN MPP 2013


Pada  18 Februari 2013 bertempat di Dewan Gemilang telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber(PSS), Pusat Akses dan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) serta Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) SBP Integrasi Selandar. Seramai 40 orang pelajar telah dilantik dalam majlis tersebut. Objektif pelantikan ini ialah untuk melatih para pelajar memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi serta membantu para guru. Setiap organisasi  mempunyai ketua mereka masing-masing. Ketua PSS ialah Badrul Amin bin Abd. Razak , ketua Pengawas Pusat Akses ialah Muhammad Ashraf bin Md. Nor manakala Muhamad Aiman bin Suhaizi telah dilantik menjadi ketua PRS. Jawatan presiden MPP telah disandang oleh Muhammad Zaid bin Tirmizi manakala timbalannya ialah Fazidatul Nadhirah binti Aziz. Pelantikan itu diserikan lagi dengan lafaz ikrar. Para pelajar yang dilantik diharap dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh berdedikasi setelah melafazkan ikrar tersebut.