SBP Integrasi Selandar melalui prrogram pemantapan bimbingan SBT telah menganjurkan "Tharwij Imtiyaz" kolaborasi bersama SMKA Tun Perak, Jasin pada 5 April 2014 bertempat di Balai Merdeka, SBPIS. Seramai 57 orang pelajar SBPIS dan 30 orang pelajar SMKATP menyertai program tersebut. Program ini adalah program khas antara sekolah mentor dan sekolah mentee bagi memantapkan kebolehan dan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan khususnya bagi subjek elektif iaitu Bahasa Arab Tinggi, Biologi dan Matematik Tambahan. Program sebegini akan diteruskan lagi pada siri akan datang; 10 Mei 2014 dengan SBPIS pula mengunjungi SMKATP.
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR TINGKATAN 1&2 SBPI SELANDAR
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan mempunyai jati diri, maka satu bentuk pengisian dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dirancang. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SBPIS melaksanakan Kursus Kepimpinan dan Jati Diri pada 5 April 2014 di Kem Saujana Asahan, Jasin. Kursus ini sangat relevan dan mampu menyumbang untuk pembentukan diri pelajar yang berkarisma, disegani dan dihormati.
Kursus yang menerapkan jati diri, karismatik dan keharmonian dengan alam sekitar melalui pengisian jungle survival sebagai wadah aktiviti ini bakal melahirkan individu yang mempunyai nilai kepimpinan dan komited untuk membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Kursus yang menerapkan jati diri, karismatik dan keharmonian dengan alam sekitar melalui pengisian jungle survival sebagai wadah aktiviti ini bakal melahirkan individu yang mempunyai nilai kepimpinan dan komited untuk membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah.
MINGGU BAHASA MELAYU 2014
Minggu Bahasa Melayu merupakan suatu program yang menfokuskan kempen cintai bahasa melayu. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik pelajar-pelajar SBP Integrasi Selandar agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan ini dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.
Sehubungan itu, pada 31 Mac hingga 4 April 2014 Panitia Bahasa Melayu SBPIS telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan objektifnya.
Objektif:
- Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik yang bertunjangkan Bahasa Melayu.
- meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
- mencungkil bakat di kalangan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran pengucapan awam.
Hari / Tarikh
|
Aktiviti
|
Isnin
31/3/2014
|
Pertandingan menulis esei
|
Selasa
1/4/2014
|
Pertandingan menulis khat jawi
Pertandingan mendeklamasi sajak
|
Rabu
2/4/2014
|
Pertandingan bahas dan pidato
|
Khamis
3/4/2014
|
Pertandingan forum remaja
|
Jumaat
4/4/2014
|
Pertandingan drama komsas antara rumah sukan
|
Aktiviti-aktiviti lain:
1. Pertandingan melukis poster
2. Peta I-Think Komsas
|
sorotan peristiwa
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)