SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) KALI KE 10

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) ke-10 pada Sabtu, 10 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang. MAC yang merupakan majlis tahunan dianjurkan khusus untuk meraikan pencapaian dan kecemerlangan murid serta guru dalam bidang akademik bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Yasin bin Hj. Mohd Sarif, Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.



HARI ASRAMA TERBUKA SBPIS 2014

       9 - 11 April 2014 - SBPIS- kawasan sekitar asrama SBPIS kelihatan meriah dengan berlangsungnya Hari Terbuka Asrama SBPIS 2014. Seluruh warga SBPIS telah hadir bersama-sama bagi menjayakan program tahunan ini. Hari Terbuka Asrama SBPIS 2014 kali ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Yasin bin Hj. Mohd Sarif, Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. 
              Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari tersebut di antaranya ialah pertandingan keceriaan dorm & asrama, demonstrasi serta pameran permainan dan kuih tradisional serta lawatan dorm. Selain itu, gerai jualan turut memenuhi ruang legar.





            Tahniah kepada semua AJK guru dan AJK pelajar yang telah merealisasikan Hari Asrama Terbuka SBPIS 2014.

SBPIS SEBAGAI PENGELOLA KEJOHANAN BOLA TAMPAR JASIN 2014

       SBP Integrasi Selandar dipilih menjadi pengelola Kejohanan Bola Tampar MSSN Melaka Kawasan Jasin 2014. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari dari 29 - 30 April 2014 diadakan di gelanggang bola tampar Sekolah Menengah Teknik Jasin.


Pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki bawah 18 tahun ialah :
  1. SMKA Tun Perak
  2. SMK Selandar
  3. SMK Datuk Bendahara
  4. SMA Tahfiz Al-Quran
  5. SMK Iskandar Shah
  6. SBPI Selandar
  7. MRSM Tun Ghaffar Baba
  8. SMA JAIM Ass-Syakirin
  9. SMK Nyalas
  10. Kolej Vokasional Jasin

Kategori ini telah dimenangi oleh pasukan MRSM Tun Ghaffar Baba.


Pasukan yang bertanding bagi kategori perempuan bawah 18 tahun ialah : 
  1. SMKA Tun Perak
  2. SMK Selandar
  3. SMK Datuk Bendahara
  4. SMK Iskandar Shah
  5. SBPI Selandar
  6. MRSM Tun Ghaffar Baba
  7. SMA JAIM Ass-Syakirin
  8. SMK Nyalas
  9. Kolej Vokasional Jasin

Kategori ini telah dimenangi oleh pasukan SMA JAIM Ass-Syakirin.