SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM JARINGAN KECEMERLANGAN SBPIS KE SMS SULTAN ISKANDAR MERSING

SMS Sultan Iskandar, Mersing - SBPI Selandar telah berkampung di sana pada 19 - 22 Jun 2014 sempena Program Jaringan Kecemerlagan yang melibatkan guru-guru dan beberapa pelajar bagi subjek Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi. Program yang turut disertai oleh SMAP Kajang ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan di antara tiga sekolah tersebut melalui pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. 
    
  

Program ini juga dilaksanakan dengan objektifnya untuk memberi dorongan dan semangat kepada murid ke arah kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Biologi. Ia juga memberi ruang murid-murid untuk membuat pengukuhan dan pengayaan bagi kumpulan galus dan cemerlang. Kumpulan pelajar cemerlang ditempatkan di Srikandi Tersang Resort, Endau  dan kumpulan galus pula di Dewan SMSSI. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMSSI di Dewan SMSSI.

 


IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


Unit Pendidikan Islam SBPIS telah menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk “Iktibar Israk & Mikraj bertempat di Surau al-Karim SBPIS. Program ini telah berlangsung pada hari Selasa 27 Mei 2014. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sufian, guru SBPIS. Intipati ceramah di kupas dari sudut yang berbeza dengan memberi pemahaman yangg lebih mendalam tentang hikmah Israk dan Mikraj. Antara isi kandungan ceramah yang telah disampaikan ialah Ikhtibar dan peristiwa Israk & Mikraj menyingkap  kembali sirah dan keperibadian Nabi s.a.w serta para sahabat dalam membina keunggulan peribadi serta memartabatkan Islam sebagai satu-satunya agama yang menjamin kemaslahatan dunia dan akhirat. Kita dibawa merenung kembali entiti  dan konsep sebenarnya peristiwa ini. Adakah kita setiap tahun menghayati Israk dan Mikraj? adakah kita membawa sebarang perubahan positif kepada diri kita? Marilah kita bersama-sama  menghayati dan mengambil inisiatif rentetan pengorbanan Rasulullah s.a.w, dan menghargai setiap detik perjuangan  Rasulullah s.a.w yang  sanggup berjuang untuk umatnya.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua warga SBPIS dalam meningkatkan jati diri serta iktibar untuk diamalkan dikalangan mereka pada masa akan datang.

PROGRAM MENTOR MENTEE JAYAKAN BACAAN YASSIN PERDANA

Di bawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling, program berkala Mentor Dorm diteruskan lagi kali ini dengan bacaan Yassin Perdana. Majlis tersebut diadakan pada 27 Mei 2014 jam 8.00 pagi yang bertempat di Surau al-Karim,SBPIS. Ia dilaksanakan seusai perjumpaan antara mentor dan mentee.