SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

CERAMAH MOTIVASI OLEH PENGETUA SISMe

Alhamdulillah, 

Pengetua SBP Integrasi Selandar -SisMe iaitu Tn Hj Baharuddin Husin merangkap Timbalan Pengerusi GAGASAN PENDIDIKAN MELAYU MELAKA telah sudi berkampung selama 3 hari  di Parlimen Pekan Pahang Darul Makmur atas jemputan ceramah motivasi terhadap pelajar di 3 buah sekolah iaitu:

1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak [INSTAR], Pekan, Pahang DM
Tarikh 30.03.2017 [Khamis]
Masa : 07.30mlm- 12.00tmlm

2.SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang DM
Tarikh : 31.03.2017 [Jumaat]
Masa: 07.30pagi-12.00thari

3. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah [SHAH],Pekan, Pahang DM
Tarikh: 01.04.2017 [Sabtu]

Masa: 08.00pagi-12.00thari  
Semoga warga sekolah terus cemerlang dunia dan akhirat. 

BENGKEL MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2017 SIRI 1

Bengkel menjawab soalan pendidikan Islam SPM 2017 Siri 1 telah berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin Melaka pada 1/4/2017. 


Sekalung penghargaan buat penceramah jemputan dan para guru yang memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih juga kepada pelajar yang telah bekerjasama dengan jayanya sepanjang pelaksanaan program berlangsung. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut. InsyaAllah.

PROGRAM NADI KASIH MURID PROJEK KHAS (FIZIK) SBP

SEKITAR PROGRAM NADI KASIH MURID PROJEK KHAS (FIZIK) SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2017


Tarikh : 30 Mac 2017-1 April 2017
Tempat : SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)