SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU RAMLI ABDULLAH

TAHNIAH di atas pelantikan Cikgu Ramli Abdullah sebagai Pengetua STHAM yang baru. Maka dengan pelantikan tersebut, secara rasminya Cikgu Ramli Abdullah melepaskan jawatan sebagai Penolong Kanan Akademik SISMe berkuatkuasa 3 April 2017. Sungguhpun berat untuk warga SISMe melepaskan beliau, namun Cikgu Ramli Abdullah tetap di hati SISMe.



Semoga Cikgu Ramli Abdullah yang lebih dikenali sebagai "boss tapi mesra" dalam kalangan warga pendidik SISMe dipermudahkan urusan di sekolah baru. Terima kasih yang tidak terhingga dari semua warga SISMe kepada PK yang telah banyak menabur budi kepada sekolah. 

PENCAPAIAN KELULUSAN 100% SPM 2016

Alhamdulillah.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka adalah antara sekolah yang menerima sumbangan sebanyak RM5000 atas kejayaan pihak sekolah memperolehi kelulusan 100% dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Selain itu, majlis yang telah berlangsung di MITC Melaka pada 6/4/2017 juga menyaksikan pelajar SISMe yang berjaya memperolehi Straight A dalam SPM 2016 menerima sumbangan sebanyak RM1000 setiap seorang disampaikan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ir. Idris Haron. 
Semoga kecermerlangan anda memberi inspirasi kepada semua. Tahniah sekali lagi. 

KEJOHANAN CATUR MSS NEGERI MELAKA 2017

Tahniah kepada 2 orang pelajar SISMe yang akan mewakili Kejohanan Catur MSSM Peringkat Kebangsaan di Pahang iaitu Muhammad Irsyad Najihan Ridhwan (Bawah 15) dan Muhammad Hakimi bin Haini (Bawah 18).  

Kejohanan catur tersebut telah berlangsung di SK Gangsa, Batu Berendam Melaka pada 4,5 dan 6 April 2017. Tahniah juga kepada team catur SISMe.