SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN JAWATAN PK PENTADBIRAN, PK HEM DAN GKMP PENDIDIKAN ISLAM

TAHNIAH diucapkan atas pelantikan jawatan pengurusan tinggi SISME berkuatkuasa 10 Julai 2017.
Jawatan yang terlibat ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan GKMP Pendidikan Islam.
1. Encik Ismail bin Ahmad - dilantik mengisi kekosongan jawatan Penolong Kanan Pentadbiran.
2. Encik Ruzzalan Che Soh - dilantik sebagai Penolong Kanan HEM mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Encik Ismail Ahmad.
3.  Ustaz Hishammuddin Abu Kasim - dilantik sebagai GKMP Pendidikan Islam.

Diharap dengan pelantikan tersebut, pengurusan SISMe akan lebih mantap, berdaya saing dan cemerlang dunia, akhirat. InsyaALLAH. 



LAWATAN PELAJAR SEKOLAH DATO' DEMANG HUSIN

Pada 11 Julai 2017, sekumpulan murid dari SK Dato' Demang Husin, Melaka telah mengadakan lawatan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Lawatan murid-murid tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah terhadap suasana kehidupan dan pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh.
Beberapa orang guru dan pelajar Tingkatan 4 SISMe juga turut membantu memberi taklimat terhadap program Ulul Albab serta penerangan ringkas berkaitan Sekolah Berasrama Penuh. Moga pelajar-pelajar SK Dato' Demang Husin, Melaka lebih bersemangat dan bermotivasi dalam peperiksaan UPSR akan datang. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA ALUMNI (INTEL) SISMe 2017

Satu aktiviti program interaksi bersama alumni (INTEL) untuk pelajar tingkatan 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 7-9 Julai 2017 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.
Terima kasih kepada pihak Alumni Intel yang sudi memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar Sisme. Semoga pelajar-pelajar SISMe SPM 2017 mendapat manfaat daripada program tersebut.