SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011

Kepada calon-calon PMR 2011, selamat menghadapi peperiksaan PMR . Kami seluruh warga kerja SBPIS mendoakan kejayaan anda semua. Ciptakan sekali lagi kejayaan dalam hidup anda semua, PMR adalah langkah kedua bagi anda, pastikan anda buat yang terbaik, jangan hampakan harapan kedua ibubapa, guru-guru dan keluarga anda. Tanamkan azam bahawa anda ingin berjaya dengan cemerlang mendapat 9A dengan izin Allah S.W.T, Panjatkan doa padaNya, pohon Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita. SELAMAT BERJUANG, CIPTAKAN KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Hari Keluarga SBPIS 2011



Kelab guru sekali lagi menganjurkan program hari keluarga sbpis yang sememangnya menjadikan program tahunan kelab yang dilaksanakan saban tahun. Tahun ini lokasi yang dipilih adalah Tiara Beach Resort Port Dikson, lokasi ini dipilih berdasarkan keistimewaan yang dimiliki oleh tiara Beach Resort. Berlangsung pada 23-24 september, 2 hari 1 malam dipenuhi dengan pelbagai program-program yang menarik, jelas memberikan kegembiraan kepada keluarga warga SBPIS.


MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM 2011

Pada 22 September berlangsungnya majlis anugerah Hem dan kokurikulum yang bertempat di dewan gemilang SBPI Selandar. Program ini telah menjadi rutin tahunan sebagai menghargai sumbangan pelajar kepada sekolah ini. Pelajar yang yang aktif dan berbakat besar dalam koku dan Hem diberikan pengiktirafan kecemerlangan mereka oleh pihak sekolah. Diantara anugerah yang diberikan adalah kepimpinan pengawas, kepimpinan MPP, kepimpinan PSS, kepimpinan pengerusi Kelab/Persatuan/ dan badan beruniform, kepimpinan badar, kepimpinan ketua kelas, kepimpinan ketua kamar dan lain-lain lagi. Pihak sekolah menjemput Tn. Hj. Ruslan bin kassim Mantan YDP PIBG SBPI Selandar sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan majlis ini.Semoga Warga SBPIS akan Meraikan majlis ini dengan penuh rasa kesyukuran diatas kejayaan-kejayaan gemilang yang telah mereka hasilkan sepanjang tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

PROGRAM JIWA MURNI MEDCAP 1 ANTARA TENTERA DARAT MALAYSIA DAN TENTERA DARAT AMERIKA FASIFIK

Pada 21-9-2011 seramai 40 orang pelajar SBPIS telah mengikuti program jiwa murni Medcap 1 antara tentera darat Malaysia dan tentera darat Amerika Fasifik yang diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Selandar melaka. Diantara pengisian program berkenaan adalah pemeriksaan gigi,mata dan lain-lain pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma. Selain daripada itu para pelajar juga dapat beramah mesra dengan prajurit negara dan askar-askar Amerika. Mereka diberi pendedahan juga berkaitan dengan bidang kuasa prajurit negara.Disamping itu para pelajar didedahkan dengan kehidupan masyarakat orang asli dari sudut sosio ekonomi, budaya, kepercayaan dan sebagainya.

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

Tarikh: 15 Sept 2011

Tempat: Dataran Wawasan SBPI Selandar

Dirasmikan Oleh: Tn Hj Haleem B. Abd Wahab

YDP PIBG SBPIS


Kursus Kepimpinan Pelajar (Unit Kokurikulum Dan HEM) SBPI Selandar

Pada 9-11 september 2011, pihak sekolah telah menganjurkan kursus kepimpinan Pelajar (unit Kokurikulum dan HEM). Kursus ini di adakan bertempat di kem Puan Tan Chay Yan Bukit Katil Melaka. Seramai 124 orang pelajar yang terdiri dari pimpinan pelajar terlibat dengan kursus ini. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pimpinan pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi secara berkesan dan memberi impak yang besar kepada persatuan, kelab yang dipimpinnya.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM (NEGERI MELAKA)


Kepada semua calon-calon spm sbpi selandar 2011
Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Melaka
Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang.
Teruskan usaha anda.
'CEMERLANG BERWAWASAN'