BIL | PERTANDINGAN | TARIKH/TEMPAT | KEPUTUSAN |
1 | KEJOHANAN TENIS MSS NEGERI MELAKA 2012 | 16,17 DAN 18 FEBRUARI 2012 KOMPLEKS TENIS MPHTJ AYER KEROH, MELAKA | PERSEORANGAN LELAKI B 15 : JOHAN MUHAMMAD ERZA AZMER BIN RUZANI PERSEORANGAN LELAKI B 18 : SAGUHATI MUHAMMAD HAFIZ HAQIMI BIN ISMAIL MUHAMMAD AMRAN BIN MUHAMMAD ALIAS MUHAMMAD IZYAN BIN MOHAMMAD YAZED MUHAMMAD HUSNI ASHRAF BIN HUSIN PERSEORANGAN PEREMPUAN B 18 : SAGUHATI AIDA NOR SHAMIRA BT AHMAD FATIN ATIQAH BT MUSA SITI NUR AKMALIAH BT ZAINAL NUR AMELIA BT HAZMI SHAHIRA FARHANA BT AHMAD SAFIAN |
2 | MEMANAH MSS NEGERI MELAKA | PADA 20-23 FEBRUARI SMK DATO BENDAHARA JASIN | PUSINGAN OLIMPIK DAN FITA (PASUKAN L18) JOHAN : ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN MUHAMMAD ASYRAF BIN SUHAIMI INDIVIDU LELAKI 30 M (L18): NAIB JOHAN ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK INDIVIDU LELAKI 70 M (L18): TEMPAT KETIGA ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK PUSINGAN OLIMPIK (PASUKAN P18): NAIB JOHAN AMATULLAH AMIRAH BINTI SHAHRIN NURAINAFITRI BINTI MAT DESA NUR ASHIKIN BINTI HAMZAH |
3 | KEJOHANAN HOKI SBP ZON SELATAN | PADA 22-26 FEBRUARI | LELAKI B18 MENDAPAT TEMPAT KE-3 PEREMPUAN B18 LAYAK KE SUKU AKHIR. |
KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI, MEMANAH DAN TENIS
JEMPUTAN MESYUARAT PIBG & JAMUAN MAKAN TENGAHARI
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SBPI Selandar, Melaka
Dengan segala hormatnya mempersilakan
Dato’/ Datin/ Tuan/Puan
_______________________________
hadir ke Mesyuarat PIBG & Majlis Jamuan Makan Tengahari Hari Keluarga SBPIS 2012
pada ketentuan berikut:
Tarikh : 3 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg – 1.30 tgh
Tempat: Dataran Wawasan
Semoga dengan kehadiran Dato’/ Datin/ Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini
Terima Kasih
ATUR CARA MAJLIS
8.30 pg : Pendaftaran & Mesyuarat PIBG
11.30 pg : Ibu bapa, pelajar & guru mengambil tempat di Dataran Wawasan
11.45 pg : Ketibaan Tetamu Kehormat
11.50 pg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
11.55 pg : Ucapan Pengetua Cemerlang SBPIS
12.05 tgh : Ucapan Pengarah BPSBSK
12.15 tgh : Ucapan Perasmian Hari Keluarga SBPIS olehTetamu Kehormat
12.25 tgh : Persembahan pelajar & Jamuan makan tghari
1.00 tgh :
· Cabutan bertuah
· Penyampaian Cenderamata
· Pelancaran Hari Keluarga SBPIS
2.00 ptg : Bersurai
5 BINTANG PENARAFAN SSQS 2011


Kejohanan 5th Bintang Rugby Club International Rugby 10s 2012

KEJOHANAN TENIS MSS MELAKA 2012

HARI MERENTAS DESA 2012
20 Februari 2012: Acara Merentas Desa 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada petang ini. Pelajar-pelajar SBPIS begitu bersemangat ketika mengambil bahagian dalam acara ini, Acara bermula pada pukul 3:45 petang dan berakhir pada pukul 5:00 petang. Para peserta terdiri daripada kategori perempuan 2, perempuan 1, lelaki 2 dan lelaki 1. En Karim bin Bayok, pengetua cemerlang SBPIS telah melepaskan peserta merentas desa pada kali ini. Para perserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menamatkan larian masing-masing, seterusnya menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Walaupun keadaan hujan yang lebat dipertengahan acara para pelajar tetap meneruskan larian mereka sehingga ke garisan penamat. Tahniah diucapkan untuk semua.
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAN" Ambilan Ke-2.
PERASMIAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2012
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2012
Pada tanggal 10 Februari 2012 bersamaan 17 Rabiulawal 1433 H, pihak sekolah dan kepimpinan BADAR SBP Integrasi Selandar telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan perarakan para guru dan pelajar pada jam 8.30 pagi dan bergerak menuju ke Dewan Gemilang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Asri Abdullah daripada Kolej Matrikulasi Melaka Londang Masjid Tanah Melaka. Ceramah yang diberi bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.
Sebelum ceramah dimulakan, alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar tahfiz Al-Quran diperdengar bagi memberkati majlis. Persembahan nasyid daripada pasukan Ilhan Nur turut dilaksanakan. Penyampaian hadiah kepada vokalis-vokalis nasyid sekolah di atas kejayaan mereka memenangi Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin dan pemberian cenderamata telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sharif bin Ebok dan diiringi oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Pendidikan Islam, Ustaz Ruzzalan Che Soh.
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS,PRS DAN PUSAT AKSES
Pada 7 February 2012, telah berlangsungnya majlis perlantikan pengawas PSS, PRS dan Pusat Akses bagi sesi 2012. Mereka yang menerima watikah perlantikan pada hari ini merupakan antara tenaga penggerak nadi sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang berilmu dan Berjaya. Seramai 44 orang pengawas PSS, 13 Pengawas pusat akses dan 21 PRS telah dilantik pada tahun ini .Setiap wakil menerima watikah perlantikan daripada Pengetua Cemerlang SBPIS.Harapan pihak sekolah semoga barisan pengawas PSS, PRS, dan Pusat Akses akan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh dedikasi.
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAN"
Pada 31 Jan 2012, seramai 58 pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri di SBPIS. Mereka merupakan pelajar cemerlang PMR 2011 yang terpilih memasuki sekolah ini.Seramai 36 pelajar memilih aliran sains tulin , 14 pelajar telah memasuki aliran sains agama dan selebihnya mengikuti aliran sains teknikal. Proses pendaftaran bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di dewan gemilang, seterusnya taklimat diberikan oleh pihak pentadbir yang bermula dengan taklimat Hem,Ko-ku, Kurikulum dan seterusnya ucapan dari pengetua cemerlang SBPIS. Seterusnya pelajar-pelajar dibawa ke asrama dan meninjau kawasan sekolah , khususnya kelas-kelas mereka. Dengan kemasukan pelajar baru, jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 4 adalah seramai 143. Semoga ukhwah yang terbina terus terjalin buat selamanya.