SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERASMIAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2012

Pada 13 Feb 2012, Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang diadakan bertempat di dewan Gemilang SBPIS. Program ini dianjurkan Khas oleh Panatia Sains dan Matematik SBPIS, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang berlangsungnya bulan Sains dan Matematik, antaranya Explorasi Matematik, Pertandingan ‘Cooking With Nature’, Pertandingan Aero Angkasa dan Pertandingan Melukis Atmosfera. Tema pada tahun ini ‘Sains dan Matematik Merealisasikan Transformasi’.Tema ini secara tidak langsung bertepatan dengan Moto sekolah 2012 bagi melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan dan meningkatkan pengentahuan pelajar dalam bidang Sains dan Matematik. Objektif bagi program ini adalah untuk menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi dikalangan pelajar, selain itu program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahuan pelajar terhadap kemajuan sains dan matematik.