SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MESYUARAT AGUNG PIBG, MAJLIS KESYUKURAN SBT, HARI KELUARGA SBP & ASRAMA TERBUKA 2013


Pada 2-03-2013 SBPI Selandar telah mengadakan program 4 dalam 1, iaitu Mesyuarat Agung PIBG, Majlis Kesyukuran mendapat penganugerahan SBT, Sambutan Hari Keluarga & Asrama Terbuka. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa warga SBPIS serta rasa Syukur Kehadrat Ilahi kerana sekolah ini telah berjaya mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3/2012 pada 27 Disember 2012, selain itu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga SBPIS  dan ibu bapa serta ahli keluarga SBP. Majlis Kesyukuran telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Md. Kasim b Md Noah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti Gimik Pasukan Rugby dan Pengakap SBPIS yang merupakan ETOS atau watak sekolah bagi SBPI Selandar, aktiviti seterusnya perasmian Majlis Kesyukuran SBT, Hari Keluarga dan Asrama Terbuka SBPIS tahun 2013, majlis penyerahan replika cek dan penyampaian hadiah bagi keluarga SBPIS serta Asrama Terbaik, persembahan pelajar iaitu silat berirama, Kalam Jamaie (choral speaking) dalam Bahasa Arab, Tarian Zapin, Pengucapan awam dalam Bahasa Mandarin dan Tarian Jepun, Band dan Nasyid serta cabutan bertuah dan lain-lain.