Ujian Diagnostik Tingkatan 3 & 5 Tahun 2013, akan bermula pada 3 hingga 4 Januari 2013. Selamat menduduki ujian semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
PENGIKTIRAFAN SBT KOHORT 3 2012
27 Disember 2012 merupakan tarikh bersejarah bagi SBPIS kerana telah mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 2012. Sebanyak 25 buah sekolah rendah dan menengah telah mendapat pengiktirafan ini yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sekalung tahniah buat warga kerja SBPIS,PIBG,Pelajar-pelajar, Alumni SBPIS dan semua pihak yang terlibat memajukan dan memartabatkan kecemerlangan sekolah ini.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 2012 ATAS KEJAYAAN DALAM PMR
Seramai 32 orang pelajar mendapat keputusan 9A dan seramai 30 orang mendapat keputusan 8A. Diharap kepada pelajar yang kurang berjaya dapat meningkatkan usaha untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)


