SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PENGIKTIRAFAN SBT KOHORT 3 2012

27 Disember 2012 merupakan tarikh bersejarah bagi SBPIS kerana telah mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 2012. Sebanyak 25 buah sekolah rendah dan menengah telah mendapat pengiktirafan ini yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia mewakili Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sekalung tahniah buat warga kerja SBPIS,PIBG,Pelajar-pelajar, Alumni SBPIS dan semua pihak yang terlibat memajukan dan memartabatkan kecemerlangan sekolah ini.