SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERTANDINGAN BAKAT MUDA


Pertandingan Bakat Muda Pelajar Tingkatan Satu telah diadakan pada 20 Jan 2011 bertempat di Dewan Gemilang SBPI Selandar .Pertandingan ini diadakan sempena kemuncak Program Silaturahim Pelajar Tingkatan Satu.  Objektifnya adalah untuk mencungkil  bakat-bakat muda yang berpotensi dalam bidang teater, sajak, syair, pengucapan awam dan lain-lain lagi. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua Cemerlang, En Karim Bin Bayok dan En Ramli Bin Abdullah . Pelbagai persembahan menarik dan gelagat lucu yang ditunjukkan oleh para peserta. Ternyata program orientasi yang telah dijalankan selama dua minggu ini berjaya menjadikan para pelajar  tingkatan satu ini berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi ketika membuat persembahan di hadapan pelajar-pelajar lain. Tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan satu kerana berjaya memberikan persembahan yang mantap semasa pertandingan ini.