SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

LAWATAN PENANDAARASAN SMP N2 DUMAI INDONESIA

Pada 9-12 Januari 2013 seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru SMP N2 Dumai Indonesia telah mengadakan lawatan penandaarasan dan seterusnya termeterai perjanjian MoU bersama SBPI Selandar. Delegasi dari SMP N2 Dumai diketuai oleh Partahanan Hutabarat, ketibaan rombongan disambut meriah oleh warga SBPI Selandar dengan palungan kompang dan persembahan silat oleh pelajar SBPI Selandar. Mereka kemudiannya diberi taklimat ringkas berkaitan sekolah dan juga ucapan selamat datang daripada Pengetua Cemerlang SBPIS.Sepanjang berada disini pelbagai program telah dilaksanakan, diantara pengisian yang bermanfaat adalah sesi dialog dan perbincangan ilmiah antara guru dan pelajar SBPIS-SMP N2 Dumai.  Selain itu juga, program penghayatan kebudayaan Malaysia-Indonesia telah diadakan, dengan persembahan tarian zapin oleh pelajar SBPIS dan persembahan kebudayaan oleh pelajar SMP N2 Dumai. Semoga dengan program pengantarabangsaan ini dapat membina hubungan rapat antara kedua-dua sekolah khususnya hubungan 'Smart Partnership' berkaitan dengan perkongsian ilmu dan kepakaran.