SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

A BENCHMARK VISIT BY HILLGROVE SCHOOL SINGAPORE

1

Nama program

:

Lawatan Penanda Aras Hillgrove Secondary School Singapore

Dengan kerjasama JPN Melaka

2

Nama sekolah

:

Hillgrove Secondary School Singapore

3

Tarikh

:

10 Mac 2011

4

Masa

:

9.00 pg – 12.30 pm

5

Tempat

:

Dewan SBPIS (Sambutan & Ucapan)

Dataran Wawasan (Permainan Tradisional)

Asrama L & P (Lawatan)

6

Kehadiran tetamu/peserta

-pelajar

-guru

-lain-lain

:

113 pelajar Tingkatan 2 Hillgrove Secondary School

12 guru Hillgrove Secondary School

En Shahar b Bakar (Pegawai PPD Melaka Tengah)

1 pemandu pelancong

4 pemandu

7

Nama ketua rombongan & jawatan

:

Mr Loh Phei Kuin

Ketua Jabatan Sains & Matematik Hillgrove Secondary School

8

Nama perasmi & jawatan

:

En Ramli b Abdullah

PK Hem SBPIS

9

Catatan ringkas ucapan perasmi

:

Beliau mengalu-alukan kunjungan pertama lawatan sambil belajar dari Hillgrove Secondary School selain memperkenalkan sedikit sebanyak tentang latar belakang SBPIS seperti jumlah pelajar dan guru, aliran dan subjek yang ditawarkan, kemudahan disediakan, aktiviti kokurikulum yang ditawarkan serta program pengantarabangsaan yang telah dan akan diadakan pada tahun ini.

Beliau menyatakan harapan akan membalas kembali kunjungan dari Hillgrove School. Semoga lawatan ini akan menjadi permulaan hubungan yang baik antara SBPIS dan Hillgrove.

10

Ucapan wakil Hillgrove

:

Beliau amat berbesar hati atas sambutan & persediaan yang diberi oleh tuan rumah. Lawatan ini menurut beliau adalah lawatan program pengantarabangsaan yang wajib disertai oleh semua pelajar di Singapura seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Singapura.

Antara objektif program ialah memberi pendedahan tentang cara hidup masyarakat setempat selain memberi peluang kepada pelajar berhubung secara langsung dengan rakan-rakan di negara yang dilawati. Beliau turut menjemput SBPIS melawat Singapura dan sekolah beliau tahun ini untuk aktiviti perkongsian pintar

11

Senarai aktiviti program

:

Persembahan tradisional (silat, kompang,marhaban, zapin, angklung)

Persembahan montaj berkenaan SBPIS

Permainan tradisional (sepak raga, congkak, ceper, batu seremban, ting-ting)

Pertukaran cenderamata kenang-kenangan

Makan tengahari

12

Hasil Dapatan

Perkongsian Pintar

Akademik :

Hasil perbincangan singkat antara Mr Loh dan Pn Rafidah, beliau mendapati skop silibus/standard Fizik bagi ting.4-5 di Singapura adalah hampir sama kecuali tajuk subjek radioaktif yang tidak diajar di sana. Namun bagi subjek Matematik, standard di Singapura mencakupi tahap lebih tinggi berbanding Malaysia.

Perkongsian pintar akan diteruskan melalui email/ lawatan balas

HEM :

Kerajaan Singapura mewajibkan penyertaan program seumpama ini kepada semua pelajar sebelum pelajar menduduki peperiksaan besar seperti O’Level. Destinasi meliputi negara Asean & Asia Timur.

Kokurikulum :

Perkongsian pintar akan diteruskan melalui email/ lawatan balas

Kokurikulum:

Elemen aktiviti kokurikulum di Singapura sama seperti di Malaysia (sukan, kelab/persatuan / unit beruniform). Aktiviti tersebut wajib disertai oleh semua pelajar








PAMERAN INOVASI, MESYUARAT PIBG, ASRAMA TERBUKA DAN HARI KEUSAHAWANAN


SBPIS telah menganjurkan pameran Inovasi dan kerjaya pada 4-5 March yang lepas. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menyertai dengan jayanya program ini, antaranya adalah UNITEN, UTHM, Pusat Sains Negara, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), MiCost dan lain-lain lagi Selain daripada pameran inovasi tiga lagi program berlangsung dengan serantak iaitu Mesyuarat Pibg, Asrama terbuka dan Hari Keusahawanan.

Objektif Program

1.Mencungkil bakat pelajar SBPIS di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi dan kejuruteraan.

2. Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar di dalam membuat kajian terkini.

3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial di kalangan pelajar SBPIS.

4. Mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang sains dan kejuruteraan ke peringkat lebih tinggi.

5. Melonjakkan nama SBPIS di peringkat kebangsaan sebagai pusat perkembangan keintelektualan selaras dengan misi dan visi SBP.

6. Memilih projek atau penyelidikan yang bermutu untuk penyertaan di peringkat SBP.

7.Menyediakan pendedahan kerjaya kepada pelajar SBPIS

Tentatif Program

MASA

PROGRAM

LOKASI / SASARAN

7.15 am

· Pelajar dan guru berkumpul di Balai Merdeka

· Taklimat

Balai Merdeka (Umum)

8.00 am

· Pendaftaran Agensi Luar / IPTA / IPTS / Sekolah

Foyer

9.00 am - 4.00 pm

· Pameran Finalis Pertandingan Inovasi SBPIS

· Pameran Inovasi oleh Agensi Luar, IPTA, IPTS

Balai Merdeka

(Umum)

9.00 am - 10.30

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 1

Oleh: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Bilik Kuliah

(Ting 4 Benz, 4 Al Razi & Ting. 5)

10.30 am

· Majlis Perasmian, Ucapan perasmian ,Penyampaian hadiah & cenderahati Lawatan ke booth pameran

Balai Merdeka

(Umum)

11.00 am - 1.00 pm

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 2

Oleh: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

Bilik Kuliah

(Ting. 4 Ibnu Sina & Edison, Ting 5)

2.00 pm— 4.00 pm

· Bengkel Inovasi & Kerjaya 3 Oleh: Universiti Tun Husin Onn (UTHM)

· Pertandingan Reka Bentuk Kapal Terbang

· Pertandingan Membina Jambatan

Bilik Kuliah

(Ting. 4 Newton & Einstein, Ting. 5)

Tingkatan 2

Tingkatan 1

4.00 pm— 5.00 pm

· Keceriaan

· Bersurai

Balai Merdeka

(Umum)

Pameran Pusat sains negara



Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Inovasi


Asrama Terbuka Dan Hari Usahawan 2011






Mesyuarat Agung PIBG

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Empat Ambilan Ke 2

Tarikh : 28 februari 2011

Hari : isnin

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan gemilang sekolah berasrama penuh integrasi selandar

Seramai 17 orang pelajar telah mendaftar di SBPIS, terdiri daripada 11 orang lelaki dan 6 orang perempuan.Program bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Farah Nurathira selaku pengacara majlis seterusnya disambung pula dengan taklimat koku oleh tuan Haji Kamaluddin bin Niat,gpk kokurikulum.Seterusnya taklimat ringkas encik Ramli bin Abdullah,Gpk Hem.Akhir sekali,ucapan daripada Tuan Hj. Sharif bin Ebok.Program pendaftaran kali ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada unit bimbingan kaunseling,para pengawas dan para pelajar dari kelas 4 al-Razi yang bertugas sebagai rakan angkat bagi para pelajar tingkatan 4 ambilan ke 2 ini.Harapan kami semoga pelajar tingkatan 4 ambilan ke 2 akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kehidupan disekolah berasrama.