SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM PERMENTORAN SBT - KOLABORASI BENGKEL SKOR A SBPIS & SMKIS

              Bagi memantapkan bimbingan peningkatan prestasi oleh SBT, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar mengadakan beberapa siri program jaringan - kolaborasi dan bimbingan dengan sekolah setempat. Justeru, SBPIS memulakan program permentoran g pertamanya dengan SMK Iskandar Shah, Jasin pada 8 Mac 2014, Sabtu. Program permentoran kali ini menumpukan kepada bimbingan mata pelajaran Biologi dan Matematik Tambahan. Dua guru dari SBPIS yang mewakili Panitia Biologi, Encik Zulhaimi bin Wagiman dan Panitia Matematik Tambahan, Encik Amirulfaizan  telah dihantar ke SMKIS dan SBPIS menerima kehadiran seorang guru Biologi dari SMKIS, Puan Noraini binti Md. Syed. Semasa program permenteron ini aktiviti yang dilaksanakan dalam bentuk bengkel Skor A dengan menfokuskan perbincangan kertas 2 dan kertas 3.