SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM SARANA IBU BAPA 1/2014 - HALA TUJU SELEPAS SPM : MARA & MATRIKULASI


           

             Keputusan peperiksaan SPM 2013 akan keluar tidak berapa lagi. Sehubungan itu, pihak PIBG SBPI Selandar telah mengadakan program khas bagi pelajar dan ibu bapa tingkatan 5 2013 dan 2014 untuk berkongsi maklumat tentang peluang pendidikan dan biasiswa selepas SPM. Program Sarana Ibu bapa 1/2014 – Program Hala Tuju Selepas SPM (MARA & Matrikulasi) yang diadakan pada 8 mac 2014, Sabtu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan ibu bapa berkaitan peluang melanjutkan pelajaran di Kolej-kolej Matrikulasi dan tajaan MARA. Ia juga diharap dapat membantu para pelajar membuat pemilihan yang tepat dalam bidang atau jurusan yang bersesuaian.
            Sepanjang program tersebut, para hadirin telah diberi taklimat dan penerangan oleh Puan Noorizan binti Subehi, Pegawai Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dan Encik Abu Bakar bin Sirun, Kaunselor Kolej Matrikulasi Melaka


Program Pendidikan Tajaan MARA