SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Anugerah Cemerlang SBPIS Kali Ke11

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan majlis penganugerahan kepada pelajar cemerlang yang dianjurkan SBPI Selandar. Majlis ini  telah dijalankan dengan jayanya pada Sabtu, 25 Mac 2015 di Dewan Gemilang SBPIS. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr.Laili binti Ab Latip, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Radiologi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor.

Di majlis ini telah menyaksikan Muhammad Haziq Fikri bin Saharom dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengetua (Terbaik Keseluruhan). Beliau dipilih sebagai penerima anugerah bukan sahaja kerana pencapaian akademiknya yang sentiasa cemerlang dan konsisten, bahkan penglibatan dan pencapaiannya dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan. 

Dengan rasa syukur dan ingatan penuh ikhlas, jawatankuasa pengelola Majlis Anugerah Cemerlangkali ke 11 SBPI Selandar merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat, YBhg. Dr. Laili, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Timbalan PIBG SBPIS, AJK PIBG, staf dan para ibu bapa.